====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Monday, June 7, 2010

Pendirian PKRJK tentang Waris Puteri Saadong

ARKIB : 05/06/2010

Waris Puteri Saadong tak diiktiraf

Nik Yusuf Nik Muhamad (kiri) menunjukkan salasilah Raja Jembal di kediamanya di Jelawat, Bachok, semalam.


BACHOK 4 Jun – Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal bagaimanapun dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong tidak diiktiraf.

Yang Dipertua PKRJ, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, PKRJ turut terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.

Katanya, upacara pemahsyuran beliau sebagai Sri Ratu Ketujuh Saadong sempena mengakhiri apa yang dikatakan sumpahan tujuh keturunannya pada Selasa ini juga tidak perlu dilakukan sebelum dakwaan berkenaan dibuktikan.

Sehubungan itu, beliau berharap r Raja Tengku Putri Anis dapat berjumpa dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaannya itu.

“Kita tidak menafikan dakwaannya itu namun kita tidak boleh mengiktirafnya sebagai waris ketujuh selagi belum dibuktikan kesahihannya.

“Apa yang saya baca dalam akhbar, beliau ada berjumpa dengan begitu ramai ulama untuk mengesan susur galur keluarganya tetapi tidak dengan kita.

‘‘Apa yang kita tahu, cerita mengenai Puteri Saadong habis setakat Gunung Ayam sahaja dan kita tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PKRJ, Tuan Zakaria Tuan Ismail.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa dirinya merupakan waris ketujuh kepada Puteri Saadong yang kisah sejarahnya disaluti mitos dan legenda.

Raja Tengku Putri Anis berkata, sudah sekian lama beliau menyimpan rahsia yang dibawa daripada generasi ke generasi dan tampil hampir pada saat dikatakan berakhirnya sumpahan Puteri Saadong yang merajuk membawa diri ke Acheh, Indonesia.

Katanya, Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata:

Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.

Nik Yusuf berkata, beliau tidak pernah mempercayai kewujudan sumpahan itu dan ia hanya ditimbulkan dalam mitos dan cerita dongeng mengenai Puteri Saadong.

Malah ujarnya, banyak pihak pernah membuat dakwaan sebelum ini bahawa mereka juga adalah kerabat Raja Jembal tetapi bila dibuat kajian ia ternyata tidak benar.


Petikan Utusan Malaysia M/s 5 Jumaat, 4 Jun 2010

(perlu penelitian para ahli kerabat kesahihan berita ini)
Sumpahan tujuh Keturunan Puteri Saadong berakhir

Sri Ratu Saadong Ke-7 muncul .............

11 comments:

nikzafri said...
This comment has been removed by the author.
Wardah Sakinah said...

jika sedemikian..kenapa tidak dijelaskan duduk perkara sebenar supaya rakyat jelata memahami...

Al-Khattab said...

Betul kata Wardah Sakinah,jelaskan sebenar perkara ini kpd rakyat jelata...."P Saadong ke7" ini mesti mempunyai bukti yang kukuh untuk berkata sedemikian....cuba selidiki dahulu keturunannya sebelum menidakkannya....jumpa beliau dan selidikilah...adakan perjumpaan dengan beliau...buat lah keputusan setelah meneliti kesahihannya.....

nikzafri said...
This comment has been removed by the author.
21haroun said...

salam sejahtera semua.

satu lagi isu yang menarik dibicarakan dikalangan kaum kerabat raja jembal, walau apapun, pada pandangan patik, hanya tuan punya badan saja yang tahu benar atau salahnya, cubalah tuan punya badan fikirkan dengan rasionalnya, apalah kebaikannya, dan fikirkan juga keburukannya. dan takutlah kepada yang Maha Esa....

Syed Hamdan said...

Assalaamu'alaikum wbr.

Berikut adalah kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengenai perkara ini :

14 Jun 2010 - Kosmo

TERKINI

KEMENTERIAN SEDIA KAJI PENGAKUAN KETURUNAN PUTERI SAADONG - 12/06/2010 11:20am

PASIR MAS – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersedia mengkaji kebenaran pengakuan seorang wanita bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat lain ialah daripada segi penerimaan masyarakat kerana sekiranya masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu yang beliau adalah pewaris Puteri Saadong, pengiktirafan tidak boleh diberikan.

"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di sini, malam tadi.

Baru-baru ini Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan, telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh.

Pada majlis yang diadakan di sebuah resort di sini, Raja Tengku Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.

Rais berkata, sebelum ini juga ada individu yang mengaku dirinya adalah keturunan Sultan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka meragui dan menolak dakwaan itu, kementeriannya tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengkajinya.

Beliau bagaimanapun meminta masyarakat melihat pengakuan wanita itu daripada sudut sejarah yang boleh menimbulkan minat masyarakat untuk mengkaji sejarah silam perkara itu. – Bernama
------------------
Melapor : Pak Tuan - Syed Hamdan ibni Syed Jaafar Al-Eddrucce

Anak_melor said...

salam...
patik rasa perlu diselidik tentang perkara ini. Sebab setahu patik, Puteri Saadong tak meninggalkan zuriat. Patik pun selalu dengar kisah ini dari arwah datuk patik.(kami anak jati Kampung Mahligai,Melor).
insyaallah,berserah kepada ALLAH yang akan menentukan samada perkara ini betul atau palsu.

nikzafri said...
This comment has been removed by the author.
nikzafri said...

Salam. Teku 'remove comment' bukanlah kerana takut sesiapa atau terkena tulah dsb.

Tetapi teku tidak mahu merosakkan silaturrahim sesama Islam terutamanya kaum kerabat dan keluarga.

Oleh itu, teku sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi kemaafan kepada mana-mana pihak yang terkilan. Teku juga mohon maaf jika Teku menceroboh masuk ke dalam PKRJK dan memulakan isu ini. Tetapi niat teku adalah murni dan Allah SWT lebih tahu apa di hati teku.

Walaubagaimanapun pengumuman ini tidak bermaksud teku telah berubah fikiran mengenai pendapat teku mengenai isu ini atau sebagai tanda pengiktirafan dan ianya tidak akan berganjak walau mana-mana pihak cuba untuk mempengaruhi atau mengubahnya. InsyaAllah

Wassalam
Nik Zafri

Wardah Sakinah said...

seperti kata anak melor.berserahlah pada Allah..patik yakin...Allah Maha Adil pada hamba yang benar

ulama said...

asalamualaikumwbr

Ampun patik beribu ampun.

Patik ingin khabarkan sedikit untuk membantu selesaikan masalah spt. ini.

Patik nak tulis mengenai keturunan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib dr keturunan raja gowa makassar yg ada dalam salasilah patik di pekan - pahang (dipersilakan jika nak tengok) iaitu seperti berikut : (juga ada disimpan Dato Najib)

Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape Sultan Hasanuddin Tuminanga ri Balla'pangkana

Mappasomba Daeng Nguraga Sultan Amir Hamzah Tuminanga ri Allu'

Sultan Mohammad Ali (Karaeng Bisei) Tumenanga ri Jakattara

1) Mappadulu Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil Tuminanga ri Lakiyung (dakwa salasilah pihak mengaku itu yang berkahwin dengan Puteri Saadong)

2) Karaeng Agang Je'ne' (Toh Tuan atau Tok Tuan) yang berhijrah ke Pahang

3) Tok Pongkeng

4) Tok Pondok

5) Tok Mas

6) Tok Embung

7) JAHIDAN (keturunan ke 7)

8) Abdul Hussein

9) Muhd

10) Taib

11) Husin

12) Tun Abdul Razak

13) YAB Dato Seri Najib

14) Anak-Anak Dato Seri Najib

Ampun patik. Jika dari Sultan Abdul Jalil ke Dato Seri Najib pun dah belasan keturunan, apatah lagi Dato Seri Najib lebih tua usianya dibandingkan dengan pendakwa, bagaimana hendak diterima adanya keturunan yang ke 7?

Wassalam