====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Thursday, October 22, 2020

DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM DI JEMPUT SEMUA AHLI PKRJK KE MESYUARAT AGUNG 2020

TARIKH: 24 OKTOBER 2020
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : ROYAL GUESTHOUSE, KOTA BAHARU




Sunday, September 29, 2019

Sembah Takziah


Inna Lillahi wa inna ilaihiroj'un. Merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Muhammad V dan kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Semoga Al-Marhum Tuanku memperoleh husnul khotimah. Rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Ampun Tuanku.

YDP dan ahli-ahli
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan.

Thursday, August 30, 2018

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan 2018

Dengan penuh hormat takzimnya dijemput semua ahli PKRJK ke Mesyuarat Agong PKRJK sepertimana maklumat di bawah.


Monday, November 13, 2017

Jelajah Bicara Sejarah Kesultanan Jembal Kelantan

Program Jelajah bicara ini telah dirancang khusus bagi memberi penjelasan kepada seluruh kerabat PKRJK tentang salasilah keturunan dengan menyebarkan sejarah sebenar melaui fakta dan kajian ilmiah yang dibuat.

Siri 1/2017 telah diadakan di Raub Pahang telah mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh ahli kerabat di Pahang dan juga dihadiri oleh wakil-wakil perhubungan Negeri.




Sunday, September 10, 2017

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

Selamat Menyambut hari Keputeraan Sultan Muhammad V

Ucapan tulus Ikhlas daripada 
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan



Friday, November 11, 2016

Program khidmat amal dan ziarah kerabat

Program khidmat amal dan ziarah kerabat..di kg raja machang pada 5 ogos 2017



Perlantikan Penasihat PKRJK

Junjung Kasih kepada YBM Dato' Haji Nik Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar kelantan di atas kesudian menerima perlantikan sebagai penasihat PKRJK yang baru.



NOTIS MESYUARAT AGUNG PKRJK KALI XVI , 2016

Dengan penuh hormat takzimnya dijemput semua ahli PKRJK kemesyurat tersebut yang akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh : 3 Rabiulawal 1438H
              3 Disember 2016
Hari     :  Sabtu
Masa    : 10 pagi
Tempat  : Tok Abah Resort, Pantai kampung Nipah, Bachok
Perasmi : YBM Dato' Haji Nik Mohd amar bin Haji Nik Abdullah
                Timbalan Menteri Besar Kelantan



Wednesday, July 29, 2015

Makluman Terkini Untuk Semua Ahli PKRJK

Salam Aidilfitri, untuk semua Ahli PKRJK , merujuk kepada keputusan Mesyuarat AJK Induk PKRJK pada 27 Julai 2015, telah memutuskan beberapa perkara:-

Telah di persetujui oleh semua AJK PKRJK bahawa mulai 1 Ogos 2015

1. Harga Jualan Logo PKRJK melalui Koperasi Sri Jembal Berhad ditetapkan RM 70.00 (dulu RM 60.00) , ini bagi menampung kos yang meningkat.

2. Promosi Keahlian ditamatkan  iaitu tiada lagi logo percuma kepada Ahli Seumur hidup yang mendaftar selepas 1 Ogos 2015.

3. Bayaran Perkhidmatan RM 10.00 dikenakan untuk mana-mana ahli dan kerabat PKRJK, yang memohon Surat Sokongan Pertubuhan kepada Pejabat Pendaftaran Negara

Junjung kasih di atas sokongan semua Ahli PKRJK.

Monday, July 6, 2015

Selamat Berpuasa dan menyambut Hari raya Aidifitri 1436H

Salam ramadhan Al mubarak.. untuk semua kerabat PKRJK semoga ibadah kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.. sama-sama doakan agar kita semua akan mendapat kerahmatan, ke ampunan dan pembebasan dari apa neraka.

Dikesempatan ini bagi pihak semua pegawai-pegawai PKRJK, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada semua Kerabat PKRJK jauh dan dekat, Maaf zahir Batin.