====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Tuesday, December 17, 2013

Pertadingan Futsal Belia Kelantan

PKRJK dengan Kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kota Bharu telah menganjurkan Pertandingan Futsal untuk Belia Kelantan. pada 14 Disember 2013, Program telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada belia-belia Kelantan sebanyak 32 pasukan telah meneyerai pertandingan tersebut.




Monday, December 2, 2013

Lawatan Pegawai PKRJK Ke Galeri Pasir Salak

30 Nov 2013--Sekitar lawatan rombongan PKRJK yg diketuai oleh YDP ke Galeri Sejarah Pasir Salak. Rombongan telah disambut oleh Pengurus Galeri iaitu En Fauzi & wakil Pejabat Penghulu Pasir Salak. Rombongan PKRJK telah diberi penerangan serta taklimat oleh Pengurus Galeri



Friday, November 29, 2013

Pertandingan Futsal Belia Kota Bharu

PKRJK dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kelantan akan menganjurkan Pertandingan tersebut seperti mana berikut:



Penyertaan Semua Dialu-alukan 
Mohon Muaturun Borang Penyertaan Segera

Saturday, October 12, 2013

IBADAH KORBAN 1434

YM YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA MEMJEMPUT DAN MEMBERSILAKAN YM TENGKU/RAJA/TUAN/NIK KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KORBAN YANG AKAN DIADAKAN PADA 16 OKTOBER JAM 1.00 TH HINGGA 5.00 PETANG DI PERKARANGAN PASAR KOTA JEMBAL, KOTA JEMBAL KELANTAN,

Sunday, August 18, 2013

BICARA SEJARAH

BICARA SEJARAH: KERAJAAN JEMBAL KELANTAN

Program di atas telah diadakan di SMK Raja Sakti, Kota Jembal pada 13 Ogos 2013 bersempena perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1434.  Program kerjasama dengan Persatuan Sejarah SMK Raja Sakti telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan ahli PKRJK dan dibicarakan oleh YM Hj. Raja Sulaiman bin Raja Hassan dan dipengerusikan oleh YM HJ. Tuan Harun bin Tuan Yahya.
 

Monday, August 5, 2013

PKRJK DI AKHBAR


IFTAR TAUTAN KASIH KERABAT RAJA JEMBAL

Seramai 100 orang anak yatim dari Kota Jembal dan Rumah Anak Yatim Mumtahanah telah diraikan oleh Pertubuhan pada 28 Julai 2013 yang lalu di sebuah restoran di Pengkalan Chepa.  Selain berbuka puasa mereka juga mendapat sumbangan berupa wang dan barangan.  Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dermawan dan orang perseorangan yang menjayakan majlis ini.











Thursday, May 23, 2013

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

PKRJK dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah melancarkan kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya khususnya kepada penunggang motosikal di sekitar Pengkalan Chepa pada 20 Mei 2013 (Isnin) di Dewan Utama UMK Pengkalan Chepa.
 Menyampaikan cenderamata kepada Prof. Mohamed Dahlan Ibrahim, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.
Rombongan sedang menjamu selera

Monday, February 4, 2013

Kota Jembal Hari ini

Beginilah pintu, Pasar Kota Jembal hari ini, ...


Pendaftaran Ahli Boleh di Buat di Pejabat Koperasi Sri Jembal Berhad

Makluman kepada semua ahli, mulai tahun 2013 ini Kad Ahli akan diuruskan oleh Koperasi Sri Jembal, untuk itu semua permohonan ahli baru boleh dihantar terus ke Pejabat Koperasi Sri Jembal Bhd, di Kota Jembal, Kad-kad ahli yang telah siap juga boleh di pungut terus di Pejabat koperasi...

Sila hubungi Pejabat koperasi No HP : 019-9179778 (YM Tuan Harun- Pengerusi)