====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Sunday, March 7, 2010

JK Perhubungan Wilayah Tengah akan direlisasikan





Perbincangan yang diadakan beberapa Ahli Kerabat Wilayah Tengah yang di ketuai oleh YM Raja Yacob pada 6 Mac 2010 telah memutuskan Majlis Perhimpunan dan Penubuhan JK Perhubungan PKRJK Wilayah tengah akan diadakan pada 11 April 2010, bertempat di Masjid Al-Rahmah, Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur. Jam 10.00pg - 2.00 petang.

Semua Ahli di Wilayah Tengah (Kuala Kumpur, Selangor dan Negeri Sembilan) di jemput hadir.
(sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Pengerusi Penaja YM Raja Yacob bin Raja Abdullah(012-2449356)

Saturday, March 6, 2010

Keberangkatan Pulang KBDYMM Al-Sultan Kelantan

AJK PKRJK dan Ahli turut serta menyambut kepulangan AL-Sultan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa..

Selamat Pulang Tuanku.. Moga beroleh Kesihatan yang baik sentiasa hendaknya.. Daulat Tuanku.. Junjung Kasih Tuanku...

Monday, March 1, 2010

Rencana Sejarah Raja Jembal di KOSMO

Artikel ini dipetik dari KOSMO 28 Feb 2010

Kisah raja perempuan Kelantan




"SAYA tak kenal Cik Siti Wan Kembang tapi semangatnya ada dalam diri saya," kata Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, Aishah Mahmood, saat diajak berbicara tentang Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan.

Aishah, 61, yang merupakan usahawan laut dalam wanita pertama ne

gara menyedari ada sedikit signifikan antara dirinya dengan Cik Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Kelantan dari tahun 1610 hingga 1677 itu. Semangat jagoan dan kepimpinan Cik Siti Wan Kembang yang mampu 'hidup tanpa lelaki' bagai ada persamaan dengan Aishah, ibu tunggal beranak lima ini.

"Semangat Cik Siti Wan Kembang kental sekali. Dialah perempu an, 'lelaki' dan hulubalang," ujar Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2008 itu lagi yang merupakan wanita pertama di negeri itu yang dianugerahkan gelaran tersebut selepas 50 tahun kemerdekaan

Raja Jembal

Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang tel

ah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.

Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.


SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal.

Menurutnya, Cik Siti Wan Kembang digambarkan sebagai seorang yang jelita, perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama.

Cik Siti Wan Kembang berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur. Baginda telah bertemu seekor anak kijang yang sakit lalu dibela hingga sembuh serta menjadi binatang kesayangannya.

Norhamzah berkata, persatuannya juga percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan manusia terpilih yang dikurniakan keramat.

"Ada yang menceritakan, Cik Siti Wan Kembang memeluk Islam apabila ajaran Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Sebab itulah namanya Wan Kembang, bukan Wan Fatimah atau Wan Aminah.

"Biasanya individu yang menerima Islam dengan sepenuh hati, tambahan pula dia merupakan seorang pemimpin, membawa hikmah yang besar.

Keramat

"Kami percaya wujudnya unsur luar biasa seperti karomah (keramat) pada insan tertentu dan ia bukan mitos," katanya.

Norhamzah menyifatkan ingatan berpanjangan terhadap wanita itu sehingga kini dan kehilangannya di Gunung Ayam yang dikatakan seperti ghaib sebagai antara ciri keramat.

Satu sumber dari catatan pengembara Islam, Ibnu Battutah menyebutkan terdapat seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.

"Mungkin juga baginda tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan sepenuh jiwanya kepada Tuhan," kata Norhamzah yang melihat persamaan itu dengan wanita sufi, Rabiatul Adawiyah.

Raja Siam

Norhamzah berkata, ada juga pendapat yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan orang yang sama.

Ia mungkin kerana persamaan kedua-duanya dari segi perwatakan, unsur keramat serta hayat yang diketahui berakhir di Gunung Ayam.

Puteri Saadong dikatakan mewarisi sifat-sifat keramat ibu angkatnya. Diceritakan bahawa Raja Siam yang ingin mendekatinya ditumbuhi kudis sehingga hanya dapat disembuhkan dengan air telapak kaki Puteri Saadong