====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Wednesday, November 30, 2011

Perhimpunan Agong PKRJK 2011

PKRJK telah mengadakan Perhimpunan Agong 2011 pada 26-27 November 2011 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah.

Acara dwi tahunan ini, telah mendapat sambutan baik dari semua ahli kerabat, dengan kehadiran melebihi 300 orang ahli keluarga. Diantara acara yang diaturkan ialah majlis ramah mesra, persembahan kerabat dengan kehadiran Istimewa YM Nik Sayyidah (Mek Salam Pantai timur) yang merupakan juga ahli kerabat PKRJK, acara sukaneka turut diadakan dan
majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Ahli Kerabat Diraja Kedah.


Tahniah kepada JK Perhubungan Negeri kedah diatas penganjuran yang cukup teratur dan meriah.


Tuesday, November 22, 2011

Majlis Penyampaian Watikah PKRJK 2011




PKRJK telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pegawai dan AJK untuk sesi 2011-2012, majlis penuh istiadat tersebut telah diadakan di Kediaman Menteri Besar, JKR10 dan telah disempurnakan oleh YBM Nik Mohd Amar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Monday, September 12, 2011

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK akan diadakan

Pada : 26 - 27 November 2011

Tempat : Pendang Lakes resort.


Sesiapa Ahli PKRJK yang ingin menyertainya sila SMS Nama. No Ahli, No Kereta, No Handset,

berapa orang dalam sebuah kereta serta penginapan diperlukan. Jangkaan 30 buah kereta

sekarang baru ada 10 buah.


Sila beri maklumat tadi kepada NYDP 013-9087007 atau SUA 019-9391266..Segera...segera....

Saturday, June 11, 2011

Ahli PKRJK menyertai Walkathon Diraja 2011


Kota Bharu 4 Jun 2011- Lebih 100 orang ahli PKRJK telah menyertai Program Walkathon Diraja yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat diraja Kelantan Al Muhammadi. Program yang berjaya
mengumpulkan lebih 21,000 rakyat kelantan dan telah mencatat 'Malaysian Book of record'.

Saturday, March 26, 2011

Penubuhan Koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Untuk makluman para ahli dan kerabat-kerabat sekalian, PKRJK telah mengorak langkah positif dalam meningkatkan akitiviti ekonomi Pertubuhan dengan menubuhkan koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad.

Satu Mesyuarat Agung Penajaan telah pun di adakan pada 26 mac 2011, dan Ahli Lembaga koperasi yang dipilih sedang dalam proses melengkapkan dokumen Pendaftaran untuk diserahkan kepada suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sehubungan dengan itu semua ahli dan kaum kerabat digalakkan untuk menyertai dan menjadi ahli koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Bayaran Masuk = RM 10.00
Saham Permulaaan Minima = RM 200.00

Borang pendaftaran akan dimuatnaik apabila urusan pendaftaran telah diselesaikan dalam masa terdekat ini...

Mohon sokongan dan penyertaan dari semua ahli dan Kerabat ke arah PKRJK yang lebih maju dan cemerlang.




Thursday, January 27, 2011

Perubahan Kadar Yuran Ahli mulai 2011

Untuk makluman kepada semua ahli PKRJK , Mesyuarat Agung kali ke 13, 2010 yang lalu telah menetapkan kadar yuran yang baru mulai 2011 sepertimana berikut:-

Yuran Tahunan = RM 10.00
Yuran Pendaftaran = RM 20.00
Yuran Ahli Seumur hidup = RM 250.00 (percuma 1 logo kereta)

Untuk permohonan ahli baru patik mohon muaturun borang permohonan yang baru :

sila klik untuk muat turun BORANG PERMOHONAN AHLI BARU

Saturday, January 22, 2011

Ahli Jawatankuasa 2012-2014

YANG DIPERTUA
YM Hj. Nik Yusof bin Nik Mohamad (012-9888914)

TIMBALAN YANG DIPERTUA
YM Hj. Tuan Zakaria bin Tuan Ismail (019-9590969)

NAIB YANG DIPERTUA
YM Hj. Tengku Mohd Nor Hamzah bin Hj. Engku Hussain (013-9087007)

BENDAHARI
YM Hj. Tengku Azmi bin Raja Ismail (019-9177686)

SETIAUSAHA
YM Hj. Raja Yusof bin Raja Abd. Rahman (019-9391226)

PENOLONG SETIAUSAHA
YM Hj. Tuan Harun bin Tuan Yahya (019-9179778)

AHLI JAWATANKUASA
YM Tengku Abd. Aziz bin Tengku Yusof (012-9517628)

AHLI JAWATANKUASA
YM Hj. Nik Abdullah Bin Raja Talib (019-9381470)