====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Wednesday, November 30, 2011

Perhimpunan Agong PKRJK 2011

PKRJK telah mengadakan Perhimpunan Agong 2011 pada 26-27 November 2011 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah.

Acara dwi tahunan ini, telah mendapat sambutan baik dari semua ahli kerabat, dengan kehadiran melebihi 300 orang ahli keluarga. Diantara acara yang diaturkan ialah majlis ramah mesra, persembahan kerabat dengan kehadiran Istimewa YM Nik Sayyidah (Mek Salam Pantai timur) yang merupakan juga ahli kerabat PKRJK, acara sukaneka turut diadakan dan
majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Ahli Kerabat Diraja Kedah.


Tahniah kepada JK Perhubungan Negeri kedah diatas penganjuran yang cukup teratur dan meriah.


Tuesday, November 22, 2011

Majlis Penyampaian Watikah PKRJK 2011




PKRJK telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pegawai dan AJK untuk sesi 2011-2012, majlis penuh istiadat tersebut telah diadakan di Kediaman Menteri Besar, JKR10 dan telah disempurnakan oleh YBM Nik Mohd Amar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.