====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Sunday, August 18, 2013

BICARA SEJARAH

BICARA SEJARAH: KERAJAAN JEMBAL KELANTAN

Program di atas telah diadakan di SMK Raja Sakti, Kota Jembal pada 13 Ogos 2013 bersempena perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1434.  Program kerjasama dengan Persatuan Sejarah SMK Raja Sakti telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan ahli PKRJK dan dibicarakan oleh YM Hj. Raja Sulaiman bin Raja Hassan dan dipengerusikan oleh YM HJ. Tuan Harun bin Tuan Yahya.
 

Monday, August 5, 2013

PKRJK DI AKHBAR


IFTAR TAUTAN KASIH KERABAT RAJA JEMBAL

Seramai 100 orang anak yatim dari Kota Jembal dan Rumah Anak Yatim Mumtahanah telah diraikan oleh Pertubuhan pada 28 Julai 2013 yang lalu di sebuah restoran di Pengkalan Chepa.  Selain berbuka puasa mereka juga mendapat sumbangan berupa wang dan barangan.  Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dermawan dan orang perseorangan yang menjayakan majlis ini.