====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Friday, August 31, 2007

Perhimpunan Agong PKRJK 2007











Perhimpunan Kerabat Raja Jembal Kelantan akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 1 September 2007
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Gelora Beach Resort , Kubang Golok, Bachok, Kelantan

Semua Ahli Kerabat Raja Jembal dan kaum keluarga di jemput hadir ke perhimpunan tersebut, pelbagai acara telah diaturkan

Sempena perhimpunan , kutipan yuran ahli dan jualan barangan publisiti PKRJK akan diadakan .

Diharapkan semua ahli kerabat raja jembal dapat hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.












Seramai lebih 200 orang ahli telah hadir dalam perhimpunan








1 comment:

shahili said...

Kepada Semua YM Anggota Kerabat Raja Jembal Kelantan,

Patik bagi pihak anggota kerabat Raja Jembal Kelantan dari Ipoh,Perak dengan ini ingin menyuarakan rasa bangga dan terima kasih yang tidak terhingga diatas kejayaan YM menganjurkan Perhimpunan Tahunan 2007 yang berlangsung di Gelora Beach Resorts baru-baru ini.

Sekalung penghargaan buat Jawatankuasa Perhimpunan yang telah bertungkus-lumus menyediakan persiapan yang begitu rapi walaupun agak memenatkan. Setinggi-tinggi terima kasih atas layanan dan pengurusan tempat penginapan buat rombongan kami dari Ipoh.

Semoga hubungan yang terjalin ini akan berpanjangan hingga ke generasi seterusnya. Sama-samalah kita berdoa agar semua Kerabat Raja Jembal senantiasa mendapat berkat dari Ilahi dan mendapat kejayaan yang berkekalan.

Sekian dahulu, sebarang peringatan atau pesanan bolehlah dihantarkan kepada e-mel: shahilihassan@gmail.com , Insya-Allah saya akan maklumkan kepada pihak yang berkenaan.

Salam Hormat dari;
YM Raja Norzizah Raja Mansor,YM Raja Nor Bashah Raja Mansor,YM Raja Amran Raja Mansor,YM Raja Ridzuan Raja Mansor,YM Raja Saripah Raja Mansor,YM Raja Yusuf Raja Hamid,serta semua ahli keluarga.