====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Monday, July 30, 2007

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.


Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.

Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.


Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar


•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani


•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat


•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong


•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah


•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.


Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal


•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.



Kota Jembal kota bersejarah,
Nama terkenal zaman berzaman,
Putera Puteri Jembal harus bermegah,
Dapat berhimpun untuk berkenalan.

Puteri Saadong cantik rupawan,
Jadi sebutan desa dan kota,
Setelah semua berkenal-kenalan,
Eratkan silaturrahim antara kita.

38 comments:

sham said...
This comment has been removed by the author.
KL Ocs Kid said...
This comment has been removed by a blog administrator.
-sHaFiq e.Z- said...

Salam..
Ok,mcm mane kalo nk pastikan yg sy nih Keturunan Raja Jembal ke tidak?

Sy bg detail skit psl diri sy,ayah sy asl Kelantan,dan arwah Nenek(belah ayah) ade gelaran "Nik". Tp sy pelik sbb adik bradik ayah sy(kebanyakannya Lelaki) xdek plak pkai gelaran 'Tengku' ataupun 'Nik' jgk. Tambah lg hairan,dlu ayah sy pernah citer,name asl yg die nk berikan pd sy sblom nih ialah "Tengku Danial" tp nth nape sy xpasti nama tuh ditukar "shafiq" mcm tuh saja. Semua spupu2 sy di kelantan ni jgk xpkai Tengku,sama ada xnk pkai gelaran tu atau apa2 sy xtaw. Jd mcm mane kalo sy nk taw sy nih keturunan Raja Jembal atau tidak?

Nik Ishak said...

salam. sy nak tau sy ni betul ke tak drpd ktrunan raja jembal.. keluarga belah ayah sy semua mnggnakan pngglan NIK.. dan sy nak tau jgk kalau betul sy ni drpd ktrnn raja jembal mcn mn sy nk daftar di bawah kaum kerabat raja jembal... harap penjelasan....

nik hasnan said...

sy mempunyai 7 adk bradik, seme ade nme nik di dpan.. mok sy nmo tuan.. arwah nenek & tok sy(sebelah mak) raja wok & tengku ibrahim.. lagu mno nk thu ado kno mngeno x ngn Kturunan Raja Jembal?

anis shyhida said...

salam..cam mane sy nak tau lebih lanjut perihal keturunan raja jembal.ayah dan ibu saya lahir di kelantan begitu juga ngan saya.walaupun nama ibu saya dan adik beradik dia yg lain x der pangkal nik atau tengku.tapi ibu saya pernah bercerita bahawa apabila nenek saya hendak bersalin perlu ada kain kuning dibentangkan.
itu serba sedikit yg saya tau.

a m l y n y x said...

Salam. arwah nenek pernah memberitahu mak saya dia adalah keturuan Raja Jembal. nenek sy bernama Nik Zabedah & datuk pula bernama Wan Ahmad. mereka tinggal di Besut Terengganu. anak mereka semuanya ada nama Wan di depan. tapi nama saya tiada apa2 wan @ nik memandangkan ibu saya berkahwin dengan ayah saya yg tiada apa2 gelaran di depan.
saya ingin sangat mencari salahsilah keluarga, tetapi tidak tahu macamana nak 'korek' asal usul keturunan kami

SELIGI TUNGGAL JOHOR said...

Apa yang diketahui setiap keturunan raja jembal mempunyai tanda tersendiri dan hanya mereka2 itu sahaja yang tahu dengan sendirinya ..

Raja Mohd Fadhlan Raja Daud said...

Salam, boleh sy tahu ape tande2 tersendiri yg ada pada keturunan raja jembal spt yg SELIGI TUNGGAL JOHOR perkatakan,...

J.K L said...

Saya mushkil. Org asal Kampung Salor (pemilik tanah tradisional Melayu Kg Salor) Keturunan Raja mana ? Siapa yg tahu boleh tolong jawab. ?

Wan de REAL said...

inilah cerita yg saya nak tahu selama 36 tahun saya hidup...diceritakan oleh arwah datok saya nik yahya...sampai ibu saya pon tak berapa tahu pasal sejarah ni....sampai kepada saya nama sudah tiada Nik kerana ayah saya orang negeri sembilan...terima kasih atas cerita sejarah keturunan ini baharulah saya tahu siapa saya..terima kasih

jasmin azmira jasman said...

Ibu saya keturunan kelantan.. Sekarang baru lah saya tahu bila saya selidik.. Walaupon saya bukan orang kelantan... Serba sedikit saya tahu tenyang keturunan saya.. Mungkin saya keturunan raja sulung (raja abd rahman) sbb dulu nenek saya bercerita pada ibu saya dam ibu saya cerita pd saya...

Nik Nur Suhaini (^_^) said...

Assalam...boleh dikatakan 90% penduduk kelantan yang berketurunan raja jembal...cuma hal ni tidak dititik berat pada zaman sekarang...keluarga sy pun semua nik..

faris iskandar said...

Assalamualaikum....nk tnya...ada terdengar orang dok bercerita...puteri saadong ada kaitan ngan kerabat kesultanan perak....boleh sesiapa ceritakan...

tata nazirul said...

Sy raja muhammad nazirul n duk kat kedai lalat @ kota jembal...kalu sesiapa nk thu asal usul kturunan korang,,sy ada carta salasilah start dri Raja Sakti smpai datuk sy...carta tu mgkin dh lama n blum di update lgi tp nama tok guru nik aziz tu mmg ada...

tata nazirul said...

Ni facebook sy...facebook.com/jerrol22

a m l y n y x said...

salam tata nazirul. boleh emailkan pada saya tak carta salasilah tu? n.amalina.majid@gmail.com

tkasih byk2!

qayyum said...

Assalammualaikum,blh pihak admin tolong masukan salah silah raja mulut merah dan sejarahnya,dan siapakah yg bernama syed kuning

Mohd Noor Zahrin said...

Salam mullah qadammullah..tuan ..saya mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan oleh tuan..seperti lidah hitam dan langit-langit hitam..mempunyai bulu roma songsang..dan daripada salah satu bulu roma songsang itu saya mempunyai yang panjang ..dan saya telah cabut namum tetap tumbuh di tempat yang sama jugak..

Safwan Nizam said...

Assalamualaikum.. Saya berketurunan Tuan. Cuma saya nk tahu disini, apa kaitan keturunan ini dengan buluh betong ye. sebab kami sekeluarga pernah makan rebung buluh betong dan lepa pada itu badan kami beresa miang dan kulit jadi macam cacar air. mak sedara pon sama, masam gulai pakai senduk dibuat dari buluh betong. mohon pencerahan kalau ada yang afiff mengenai hal ini.tq

ncex dzee said...

assalamualaikum.. terima kasih admin kerana blog ni.. dipendekkan cerita, dalam salasilah keluarga kami dikatakan berasal keturunan raja jembal. selepas berjumpa dengan beberapa org yg 'berkebolehan/berilmu', memang dikatakan salasilah kami dari keturunan raja jembal kerana dikatakan kami tak boleh makan sejenis "ikan" kerana jika dimakan akan terkena sejenis penyakit misteri berikutan sumpahan. mohon pencerahan

ncex dzee said...

mungkin ada benarnye, kerna dikhabarkan agar diperturunkan pesanan pada keturunan kami agr tidak boleh mkan beberapa jenis mknan yg dikatakan menjadi sumpahan. wallahu'alam

TIE IMAN said...

Assalamualaikum...sy berketurunan wan..tggl di pahang...ibu saya berasal dr kedai lalat kelantan..pd namanya ada raja...keluarga sy juga dikabarkn tdk bole memakan rebung dan sejenis ikan iaitu ikan sekacang...adakah kami juga berketurunan raja jembal???tilong berikan penjelasan...terima kasih...email...iman8643@yahoo.ca...

Aamanu said...

Salam admin.
Mohon pencerahan... keluarga saya memang dari kelantan dan memang telah menjadi pantang bagi keluarga saya untuk makan rebung buluh betong dan ikan kekacang. Pernah dikhabarkan sendiri oleh atok sedara saya yang pernah makan ikan kekacang bagi membuktikan bahawa sumpahan tersebut tidak benar dan ternyata dia terkena ketulahan iaitu sakit kulit seperti kayap yang tidak boleh diubati. Akhirnya dia mendapat alamat daripada pakar perubatan tradisional supaya mandi di salah satu kubur keturunan kami "Tok Belatok" di sekitar kawasan Serendah di Kemubu. Kalau mengikut nenda saya Sepiah binti Awang Long bin Kechik, Keturunan saya adalah raja yang memerintah yang turun dari tahkta kerana memilih jalan kesufian dan membuang semua gelaran2 kebesaran yang ada padanya. Mohon diemelkan salah silah keturunan yang boleh saya kaji atau jadikan panduan untuk anak cucu akan datang sekiranya benar keturunan saya adalah dari Raja Jembal. Terima kasih di atas segala bantuan semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya. InsyaAllah,InsyaAllah,InsyaAllah. aamanu@gmail.com

ROS DE MIE said...

yer betul... arwah nenek sy pun ada pesan begitu. keturunan kami ada pantang larang makanan. sy pyn x igt sgt, salah 1 nya dia bg taw xboleh mkn ikan kekacang... nanti naik kudis pecah belah. wallahu

ROS DE MIE said...

sy rasa aamanu & ncex dzee ni mempunyai pertaliaan ngan keluarga sy. dgr dr cerita salah silahnya mmg sama ngan arwah nenek serta arwah ibu sy selalu cerita & pesan. kemungkinan kita dr susur galur yg sama.

Annuar Ramli said...

boleh bagikan alamat facebook..senang nak berhubung ..sy nak carta salasilah raja jembal

pok chek DARK_OWH said...

assalamualaikum..sy pon terima pesanan yg sama dr nenek sy..ada pantang larang dlm makanan..yg mana nenek sy sendiri telah alami sewaktu zaman kanak-kanak beliau krn melanggar pantang..

pok chek DARK_OWH said...

assalamualaikum..alhamdulillah..setelah lama mencari jawapan akhirnya sy tahu asal keturunan keluarga sy walaupn gelaran nik dah tak ada..dr cerita nenek sy gelaran nik digugurkan atas kehendak arwah datuk beliau krn bimbang keturunannya bermegah dgn gelaran tersebut..setakat itu sahaja yg sy tahu..boleh sesiapa bagitahu sy siapa nama peniup serunai diraja pada zaman sultan mulut merah?

pok chek DARK_OWH said...

assalamualaikum..alhamdulillah..setelah lama mencari jawapan akhirnya sy tahu asal keturunan keluarga sy walaupn gelaran nik dah tak ada..dr cerita nenek sy gelaran nik digugurkan atas kehendak arwah datuk beliau krn bimbang keturunannya bermegah dgn gelaran tersebut..setakat itu sahaja yg sy tahu..boleh sesiapa bagitahu sy siapa nama peniup serunai diraja pada zaman sultan mulut merah?

pok chek DARK_OWH said...

assalamualaikum..sy pon terima pesanan yg sama dr nenek sy..ada pantang larang dlm makanan..yg mana nenek sy sendiri telah alami sewaktu zaman kanak-kanak beliau krn melanggar pantang..

Keropok Mony said...

Kemana menghilangnya puteri saadong. Keturunannya ada sehingga sekarang dn menjadi kererunan yg tersembunyi dari sejarah

Nufael said...

Assalam.. blh sy dptkan carta salasilah keturunan Raja Sakti? Ini Email sy ndidmy@gmail.com.
Terima Kasih

Nufael said...

Assalam.. sama juga keturunan sy. Ini juga yg disampaikan oleh ayah sy.. keturunan kami ada pantang larang tak boleh mkn ikan kacang dan burung puyuh.. Klu mkn ikan kacang akam jadi gatal2 dibadan.. Klu burung puyuh pula sy tak pasti kenapa tak boleh makan.

daoh said...

Kiro ambo ni bako Rajo Loyor lh..keturnan ambo rmai lelangit hitam turun temurun lngit ite,ayoh ambo pn lelangit hitam tpi smua buang tanda2 tu mngkin bersebb buang bnda tu,skrng pok2 daro ambo tnggu cucu2 cicit ayoh ambo mngkin ado lg tnda lelangit hitam,sbb nk buwe tnda2 tu,ambo ni meme keturnn Rajo Loyor ko???

Unknown said...

assalamualaikum...ambo nok tanyo ni ado ko wakil PKRJK di KL..kalu ado mohon contact ambo di nombor 01112257576 sebab ado beberapa perkara hok ambo nok tanyo..kalu buleh jupo koho molek..harap2 ado respon la dari pihak PKRJK..tq

Unknown said...

assalamualaikum...ambo nok tanyo ni ado ko wakil PKRJK di KL..kalu ado mohon contact ambo di nombor 01112257576 sebab ado beberapa perkara hok ambo nok tanyo..kalu buleh jupo koho molek..harap2 ado respon la dari pihak PKRJK..tq

nik ariff raja yusoff said...

Dicadangkan supaya AJK PKRJK di update dari masa ke semasa supaya ia memberikan gambaran kaadaan semasa.