YM YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA MEMJEMPUT DAN MEMBERSILAKAN YM TENGKU/RAJA/TUAN/NIK KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KORBAN YANG AKAN DIADAKAN PADA 16 OKTOBER JAM 1.00 TH HINGGA 5.00 PETANG DI PERKARANGAN PASAR KOTA JEMBAL, KOTA JEMBAL KELANTAN,
====INFO SEMASA ======
Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri
Saturday, October 12, 2013
Sunday, August 18, 2013
BICARA SEJARAH
BICARA SEJARAH: KERAJAAN JEMBAL KELANTAN
Program di atas telah diadakan di SMK Raja Sakti, Kota Jembal pada 13 Ogos 2013 bersempena perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1434. Program kerjasama dengan Persatuan Sejarah SMK Raja Sakti telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan ahli PKRJK dan dibicarakan oleh YM Hj. Raja Sulaiman bin Raja Hassan dan dipengerusikan oleh YM HJ. Tuan Harun bin Tuan Yahya.
Monday, August 5, 2013
IFTAR TAUTAN KASIH KERABAT RAJA JEMBAL
Seramai 100 orang anak yatim dari Kota Jembal dan Rumah Anak Yatim Mumtahanah telah diraikan oleh Pertubuhan pada 28 Julai 2013 yang lalu di sebuah restoran di Pengkalan Chepa. Selain berbuka puasa mereka juga mendapat sumbangan berupa wang dan barangan. Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dermawan dan orang perseorangan yang menjayakan majlis ini.
Thursday, May 23, 2013
KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA
PKRJK dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah melancarkan kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya khususnya kepada penunggang motosikal di sekitar Pengkalan Chepa pada 20 Mei 2013 (Isnin) di Dewan Utama UMK Pengkalan Chepa.
Menyampaikan cenderamata kepada Prof. Mohamed Dahlan Ibrahim, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.
Rombongan sedang menjamu selera
Menyampaikan cenderamata kepada Prof. Mohamed Dahlan Ibrahim, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.
Rombongan sedang menjamu selera
Monday, February 4, 2013
Pendaftaran Ahli Boleh di Buat di Pejabat Koperasi Sri Jembal Berhad
Makluman kepada semua ahli, mulai tahun 2013 ini Kad Ahli akan diuruskan oleh Koperasi Sri Jembal, untuk itu semua permohonan ahli baru boleh dihantar terus ke Pejabat Koperasi Sri Jembal Bhd, di Kota Jembal, Kad-kad ahli yang telah siap juga boleh di pungut terus di Pejabat koperasi...
Sila hubungi Pejabat koperasi No HP : 019-9179778 (YM Tuan Harun- Pengerusi)
Sila hubungi Pejabat koperasi No HP : 019-9179778 (YM Tuan Harun- Pengerusi)
Saturday, October 6, 2012
Mesyuarat Agong PKRJK 2012
Adalah dengan penuh hormat dan takzimnya di isytiharkan bahawa, satu Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan akan diadakan sepertimana berikut
Tarikh : 08 Disember 2012
Tempat : Hotel New Pacific , Kota Bharu
Masa : 8.30 pagi
Semua Ahli-ahli PKRJK dan Kaum Kerabat dijemput berangkat ke Majlis tersebut...
Sunday, June 24, 2012
FB Group Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan
Berita terbaru tentang PKRJK akan di kemaskini di FB Group PKRJK, mohon semua ahli sentiasa mengunjungi laman muka buku, PertubuhanGroup PKRJK tersebut...
Saturday, February 18, 2012
KBDYMM Yang Dipertuan Agong Ke 14

Tatkala KBDYMM Al-Haj Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah kali pertama menjadi YANG DIPERTUAN AGONG pada tahun 1970-1975, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak
Kini pada tarikh 13 Disember 2011, sejarah tercipta dan berulang kembali. KBDYMM Tuanku Sultan Kedah dilantik menjadi YANG DIPERTUAN AGONG ke-14 untuk kali ke-2 tatkala anak allahyarham Tun Abdul Razak, yakni Dato Seri Mohd Najib menjadi ketua pentadbiran negara.
DAULAT TUANKU!,DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU
Subscribe to:
Posts (Atom)





