====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Monday, September 12, 2011

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK akan diadakan

Pada : 26 - 27 November 2011

Tempat : Pendang Lakes resort.


Sesiapa Ahli PKRJK yang ingin menyertainya sila SMS Nama. No Ahli, No Kereta, No Handset,

berapa orang dalam sebuah kereta serta penginapan diperlukan. Jangkaan 30 buah kereta

sekarang baru ada 10 buah.


Sila beri maklumat tadi kepada NYDP 013-9087007 atau SUA 019-9391266..Segera...segera....

Saturday, June 11, 2011

Ahli PKRJK menyertai Walkathon Diraja 2011


Kota Bharu 4 Jun 2011- Lebih 100 orang ahli PKRJK telah menyertai Program Walkathon Diraja yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat diraja Kelantan Al Muhammadi. Program yang berjaya
mengumpulkan lebih 21,000 rakyat kelantan dan telah mencatat 'Malaysian Book of record'.

Saturday, March 26, 2011

Penubuhan Koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Untuk makluman para ahli dan kerabat-kerabat sekalian, PKRJK telah mengorak langkah positif dalam meningkatkan akitiviti ekonomi Pertubuhan dengan menubuhkan koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad.

Satu Mesyuarat Agung Penajaan telah pun di adakan pada 26 mac 2011, dan Ahli Lembaga koperasi yang dipilih sedang dalam proses melengkapkan dokumen Pendaftaran untuk diserahkan kepada suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sehubungan dengan itu semua ahli dan kaum kerabat digalakkan untuk menyertai dan menjadi ahli koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Bayaran Masuk = RM 10.00
Saham Permulaaan Minima = RM 200.00

Borang pendaftaran akan dimuatnaik apabila urusan pendaftaran telah diselesaikan dalam masa terdekat ini...

Mohon sokongan dan penyertaan dari semua ahli dan Kerabat ke arah PKRJK yang lebih maju dan cemerlang.




Thursday, January 27, 2011

Perubahan Kadar Yuran Ahli mulai 2011

Untuk makluman kepada semua ahli PKRJK , Mesyuarat Agung kali ke 13, 2010 yang lalu telah menetapkan kadar yuran yang baru mulai 2011 sepertimana berikut:-

Yuran Tahunan = RM 10.00
Yuran Pendaftaran = RM 20.00
Yuran Ahli Seumur hidup = RM 250.00 (percuma 1 logo kereta)

Untuk permohonan ahli baru patik mohon muaturun borang permohonan yang baru :

sila klik untuk muat turun BORANG PERMOHONAN AHLI BARU

Saturday, January 22, 2011

Ahli Jawatankuasa 2012-2014

YANG DIPERTUA
YM Hj. Nik Yusof bin Nik Mohamad (012-9888914)

TIMBALAN YANG DIPERTUA
YM Hj. Tuan Zakaria bin Tuan Ismail (019-9590969)

NAIB YANG DIPERTUA
YM Hj. Tengku Mohd Nor Hamzah bin Hj. Engku Hussain (013-9087007)

BENDAHARI
YM Hj. Tengku Azmi bin Raja Ismail (019-9177686)

SETIAUSAHA
YM Hj. Raja Yusof bin Raja Abd. Rahman (019-9391226)

PENOLONG SETIAUSAHA
YM Hj. Tuan Harun bin Tuan Yahya (019-9179778)

AHLI JAWATANKUASA
YM Tengku Abd. Aziz bin Tengku Yusof (012-9517628)

AHLI JAWATANKUASA
YM Hj. Nik Abdullah Bin Raja Talib (019-9381470)

Friday, October 29, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa




Satu mesyuarat Jawatankuasa PKRJK sesi 2010-2012 telah diadakan di Bangunan Sapura, Kota Bharu pada 23 Oktober 2010 yang baru lalu. Seramai 17 orang ahli jawatankuasa telah hadir. Agenda utama mesyuarat pertama ini ialah pembentukan potfolio dan cadangan-cadangan ahli-ahli jawatankuasa portfolio tersebut. Pengerusi juga mengumumkan perlantikan Bendahari iaitu YM Tengku Azmi, Setiausaha YM Hj. Raja Yusuf dan Penolong Setiausaha (PSU) YM Tengku Aziz.


Wednesday, October 6, 2010

Mesyuarat Agung Bil 13 2010 Berjaya






Kehadiran ahli dan kerabat PKRJK pada mesyuarat Agung yang diadakan pada 2 oktober lalu, yang menunjukkan silaturrahim dikelangan ahli-ahli kerabat sentiasa terjalin erat. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YABM Dato Bentara Setia, Menteri Besar Kelantan.




PKRJK dan semua ahli-ahli kerabat menjunjung kasih menyatakan taat setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia AL -Sultan Muhammad Ke-V.




Monday, September 20, 2010

Persembahan Tahniah

Ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE V
D.K., S.P.M.K


Sempena Perlantikan dan Pemasyhuran Sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim
Serta Jajahan Takluknya



Yang Merafak Sembah dan Junjung Kasih

Semua AJK dan Ahli Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan

Sunday, September 12, 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE VIII 2010

Kepada Semua AJK, Pengerusi Perhubungan dan seluruh AHLI PKRJK,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE XIII 2010

Menjunjung perkenan Yang Dipertua PKRJK, dengan penuh hormat dan takzimnya patik menjemput seluruh Ahli Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, ke Mesyuarat Agung yang akan dilangsungkan seperti mana berikut:

Tarikh : 02 Oktober 2010 (SABTU)
Masa : 08.30 -1.30 Tengahari
Tempat: Hotel New Pacific, Kota Bahru, Kelantan
Perasmian Oleh: YABM Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
Penasihat PKRJK

Aturcara Majlis

8.00pg - Pendaftaran, Pembayaran Yuran dan Jualan Barangan Publisti
9.00pg - Upacara Perasmian Mesyuarat Agung
10.00pg- Santapan pagi
11.00pg - Mesyuarat Agung mengikut Agenda Mesyuarat
1.30 tgh - Santapan Tengahari di Teratak YM Tuan Zakaria b Tuan Ismail (TYDP)
Lorong Pakatan , Jalan Gucil-Bayam, Kota Bahru

Mohon semua Ahli tidak menguzurkan diri...

Sebarang Pertanyaaan moga berhubung terus dengan YM SU Agung : 013-9087007

Junjung Kasih.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri