====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Thursday, October 22, 2020

DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM DI JEMPUT SEMUA AHLI PKRJK KE MESYUARAT AGUNG 2020

TARIKH: 24 OKTOBER 2020
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : ROYAL GUESTHOUSE, KOTA BAHARU




Sunday, September 29, 2019

Sembah Takziah


Inna Lillahi wa inna ilaihiroj'un. Merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Muhammad V dan kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Semoga Al-Marhum Tuanku memperoleh husnul khotimah. Rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Ampun Tuanku.

YDP dan ahli-ahli
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan.

Thursday, August 30, 2018

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan 2018

Dengan penuh hormat takzimnya dijemput semua ahli PKRJK ke Mesyuarat Agong PKRJK sepertimana maklumat di bawah.


Monday, November 13, 2017

Jelajah Bicara Sejarah Kesultanan Jembal Kelantan

Program Jelajah bicara ini telah dirancang khusus bagi memberi penjelasan kepada seluruh kerabat PKRJK tentang salasilah keturunan dengan menyebarkan sejarah sebenar melaui fakta dan kajian ilmiah yang dibuat.

Siri 1/2017 telah diadakan di Raub Pahang telah mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh ahli kerabat di Pahang dan juga dihadiri oleh wakil-wakil perhubungan Negeri.




Sunday, September 10, 2017

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

Selamat Menyambut hari Keputeraan Sultan Muhammad V

Ucapan tulus Ikhlas daripada 
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan



Friday, November 11, 2016

Program khidmat amal dan ziarah kerabat

Program khidmat amal dan ziarah kerabat..di kg raja machang pada 5 ogos 2017



Perlantikan Penasihat PKRJK

Junjung Kasih kepada YBM Dato' Haji Nik Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar kelantan di atas kesudian menerima perlantikan sebagai penasihat PKRJK yang baru.



NOTIS MESYUARAT AGUNG PKRJK KALI XVI , 2016

Dengan penuh hormat takzimnya dijemput semua ahli PKRJK kemesyurat tersebut yang akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh : 3 Rabiulawal 1438H
              3 Disember 2016
Hari     :  Sabtu
Masa    : 10 pagi
Tempat  : Tok Abah Resort, Pantai kampung Nipah, Bachok
Perasmi : YBM Dato' Haji Nik Mohd amar bin Haji Nik Abdullah
                Timbalan Menteri Besar Kelantan



Wednesday, July 29, 2015

Makluman Terkini Untuk Semua Ahli PKRJK

Salam Aidilfitri, untuk semua Ahli PKRJK , merujuk kepada keputusan Mesyuarat AJK Induk PKRJK pada 27 Julai 2015, telah memutuskan beberapa perkara:-

Telah di persetujui oleh semua AJK PKRJK bahawa mulai 1 Ogos 2015

1. Harga Jualan Logo PKRJK melalui Koperasi Sri Jembal Berhad ditetapkan RM 70.00 (dulu RM 60.00) , ini bagi menampung kos yang meningkat.

2. Promosi Keahlian ditamatkan  iaitu tiada lagi logo percuma kepada Ahli Seumur hidup yang mendaftar selepas 1 Ogos 2015.

3. Bayaran Perkhidmatan RM 10.00 dikenakan untuk mana-mana ahli dan kerabat PKRJK, yang memohon Surat Sokongan Pertubuhan kepada Pejabat Pendaftaran Negara

Junjung kasih di atas sokongan semua Ahli PKRJK.

Monday, July 6, 2015

Selamat Berpuasa dan menyambut Hari raya Aidifitri 1436H

Salam ramadhan Al mubarak.. untuk semua kerabat PKRJK semoga ibadah kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.. sama-sama doakan agar kita semua akan mendapat kerahmatan, ke ampunan dan pembebasan dari apa neraka.

Dikesempatan ini bagi pihak semua pegawai-pegawai PKRJK, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada semua Kerabat PKRJK jauh dan dekat, Maaf zahir Batin.

Tuesday, April 1, 2014

Pegawai PKRJK Bermesyuarat di Muzium Negeri Kelantan

Beberapa orang pegawai PKRJK telah menghadiri Mesyurat di Muzium Negeri Kelantan bagi membincangkan tentang Pameran Sejarah Raja Jembal di Muzium Negeri pada 27 April - 5 Mei 2014.




Mesyuarat Agung PKRJK Kali Ke 3 Perhubungan Negeri Terengganu

Salam YM, JK PKRJK Perhubungan Negeri Terengganu menjemput semua Ahli Perhubungan Terengganu ke Majlis Mesyuarat Agung Kali ke 3 yang akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 12 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Utama Hotel Sutra Beach Resort
 Kg Rhu Tapai, Merang, Setiu, Terengganu

Pakaian : Baju Batik/Baju Melayu (Lelaki) , Baju Kurung (Perempuan)
 (Larangan memakai pakaian berwarna Kuning/Putih)

Perasmian oleh:
Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja DK Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.

Sila sahkan kehadiran YM melalui talian 01119310233 (YM Nik Suhaimi -SU Terengganu)





Tuesday, December 17, 2013

Pertadingan Futsal Belia Kelantan

PKRJK dengan Kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kota Bharu telah menganjurkan Pertandingan Futsal untuk Belia Kelantan. pada 14 Disember 2013, Program telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada belia-belia Kelantan sebanyak 32 pasukan telah meneyerai pertandingan tersebut.




Monday, December 2, 2013

Lawatan Pegawai PKRJK Ke Galeri Pasir Salak

30 Nov 2013--Sekitar lawatan rombongan PKRJK yg diketuai oleh YDP ke Galeri Sejarah Pasir Salak. Rombongan telah disambut oleh Pengurus Galeri iaitu En Fauzi & wakil Pejabat Penghulu Pasir Salak. Rombongan PKRJK telah diberi penerangan serta taklimat oleh Pengurus Galeri



Friday, November 29, 2013

Pertandingan Futsal Belia Kota Bharu

PKRJK dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kelantan akan menganjurkan Pertandingan tersebut seperti mana berikut:



Penyertaan Semua Dialu-alukan 
Mohon Muaturun Borang Penyertaan Segera

Saturday, October 12, 2013

IBADAH KORBAN 1434

YM YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA MEMJEMPUT DAN MEMBERSILAKAN YM TENGKU/RAJA/TUAN/NIK KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KORBAN YANG AKAN DIADAKAN PADA 16 OKTOBER JAM 1.00 TH HINGGA 5.00 PETANG DI PERKARANGAN PASAR KOTA JEMBAL, KOTA JEMBAL KELANTAN,

Sunday, August 18, 2013

BICARA SEJARAH

BICARA SEJARAH: KERAJAAN JEMBAL KELANTAN

Program di atas telah diadakan di SMK Raja Sakti, Kota Jembal pada 13 Ogos 2013 bersempena perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1434.  Program kerjasama dengan Persatuan Sejarah SMK Raja Sakti telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan ahli PKRJK dan dibicarakan oleh YM Hj. Raja Sulaiman bin Raja Hassan dan dipengerusikan oleh YM HJ. Tuan Harun bin Tuan Yahya.